Cadangan penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bersama Pakatan Harapan hanya akan diputuskan kepimpinan Majlis Presiden PH.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu harus dinilai secara teliti dengan mengambil kira hubungan antara parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan.